20 September 2011

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)


Ditubuhkan: 1933
Afiliasi FIFA: 1956
Afiliasi AFC: 1954
Gelaran: Harimau Malaya
Ketua jurulatih: K. Rajagopal
Penolong jurulatih: Tan Cheng Hoe,Faozi Mukhlas dan Rustov Bozik
Kapten: Mohd Safiq Rahim
Kaps terbanyak: Soh Chin Aun (252)
Penjaring terbanyak: Mokhtar Dahari (125)
Stadium tuan rumah: Stadium Nasional, Bukit Jalil
Kod FIFA: MAS
Kedudukan FIFA: >145
Kedudukan tertinggi FIFA: 75
Kedudukan terendah FIFA: 150 (April 2008)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan - pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja.

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun. Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1976, Sultan Pahang memegangnya sehinggalah sekarang.

Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.


Pada Piala AFF Suzuki 2010, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia.

Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.






Malaysia Home jerseyjersi Malaysia away
Malaysia Home kit 2010-12Malaysia Away kit 2010-12




Malaysia home 2008-09Malaysia away 2008-09
Malaysia Home kit 2008-09Malaysia Away kit 2008-09


HARIMAU MALAYA


Harimau Malaya
(Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.


Layari harimaumalaya.com Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia.